Wednesday 26 September 2012


Mengapakah pentingnya untuk menjaga keselamatan semasa melakukan aktiviti sukan dan permainan?

  • Untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini.
  • Untuk menjaga diri daripada tercedera.
  • Untuk memastikan aktiviti sukan dan permainan dapat berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang halangan.






Berikut merupakan aspek keselamatan penggunaan alatan sama ada di padang ataupun balapan :

A) Bola Sepak
- Pastikan bola yang digunakan tidak dipam terlalu keras.
- Kandungan angin yang berlebihan boleh menyebabkan kecederaan pada kaki.

B) Hoki
- Gunakan bola dan kayu hoki yang masih elok.
- Bola dan kayu hoki yang rosak boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain dan diri sendiri.

C) Sepak Takraw
- Pastikan bola takraw yang digunakan masih elok dan permukaannya tidak kasar dan pecah.
- Bola takraw yang rosak boleh mendatangkan kecederaan pada bahagian dahi.

D) Gimnastik
- Pastikan permukaan kanvas peti lombol tidak koyak atau berlubang.
- Permukaan yang rosak boleh mengganggu aktiviti melombol dan boleh mendatangkan kecederaan.

E) Lontar Peluru
- Pastikan peluru dan blok penahan bersih dan selamat digunakan.
- Sektor lontaran ditanda dengan kon dan murid-murid tidak melintas di kawasan balingan.

F) Lompat Tinggi
- Pastikan palang dan tiang kukuh dan selamat digunakan.
- Pastikan ketebalan dan kedudukan tilam adalah sesuai dan betul.

G) Lompat Jauh
- Pastikan papan lonjak kukuh, rata dan jelas kelihatan.
- Pastikan kawasan mendarat tidak terdapat objek tajam dan berbahaya.

H) Lari Berpagar
- Pastikan besi dan papan adalah kukuh dan selamat.
- Pastikan blok permulaan dan spike mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.